Selasa, 29 Disember 2009

hepi birthday utk diri sediri



Neway..ari ni aku menyambut birthday yg ke-22...Doaku semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, biberkati hidup dan diberi kesihatan yang sempurna utk ku n keluarga...AMIN....1 lg yg penting...agar keluarga ku semakin bahagia...

Isnin, 21 Disember 2009

jalan2 Y.E.S di SOGO n KLCC

Ahad lepas zty sekeluarga cuci2 mata di sogo n klcc...almaklumlah...Year End Sale(YES)...punyalah ramainyai orang....tapi zty xbershopping sakan pun...kene ler beringat...baget2...huhuhu....dapat ler hanya 1 beg n 1 kasut...huhuhu...xpela....mgu ni bodek2 husband sambung lg...hihihihi...(baget konon)ngeh...ngeh...ngeh....

beg untuk letak pampers n susu n baju eril...

menggantikan kasut keje yang dah uzur...yg tgu masa jer...

Rabu, 16 Disember 2009

jalan2 di Bukit Tinggi

3 Dec 2009. hari 2...sambil husband zty berkursus di Bukit Tinggi, zty pun tumpang ikut sx...g jln2 sane...bukan xpenah pg...tapi saje ngikut....boring duk umah setelah lame berpantang...sronok...zty jln2 ngn eril n Qbal...

setelah terpengaruh ngn iQbal...zty main ler game ni...beshnya!!!dapat teddy bear...yea!!yea!!

Berposing sakan ler zty kat c2...

Ish...ish...ish...
Huhuhu...






Jumaat, 11 Disember 2009

1 set comforter-queen size- RM60 only!!!!!

1 COMFORTER
1 CADAR
4 SARUNG BANTAL
1 SARUNG BANTAL PELUK
100% cotton

Berminat??? hubungi zty di talian 012-6957102

Selasa, 8 Disember 2009

dah keje....


setelah 2 bulan bercuti, akhirnya harini zty mula bekerja...curi2 masa jap edit blog releas tension..eril zty tinggal ngan mak...baru jap tinggal dah rasa rindu kat budak hensem ni...hurm...nak nangis rasa...selalunya duk kelek die jer g sane sini...ni, xtenang duk kat ofis....jap2 tepon mak...tnye eril ok ke x...siap suruh mak letak tepon kat telinga eril...huhuhu...padahal tgahari tadi masa lunch hr da balik dah...huhuhu...esok zty cuti plak ikut family day opis abg zul (hsband kakak) kat wetworld s.alam...bawa eril jalan2 cuci mata...hehe...eee...rindula kat eril....huhu...xsabar tgu balik petang ni...

Selasa, 1 Disember 2009

rambut baru


semalam zty potong rambut...camni la gayanya...syok rambut pendek...senang....

Selasa, 24 November 2009

selamat pengantin baru ain&hanafi


semalam kami pegi kenduri kahwin kak ain& hanafi ni d putrajaya...dorg nih senior zty masa d maahad al-islah teluk intan perak...bagai pinang dibelah 2 pasangan ni...sama cantik sama padan..sesuai sangat...semoga bahagia dunia akhirat..

Isnin, 23 November 2009

jalanjalan putrajaya...

setelah lama berpantang...akhirnya mama n eril dapat kluar gak..(+ kakak wawa yang sentiasa cibok ngan paklang ngan maklang die ni)...kami g jalan2 d putrajaya...sempat lagi kami berposing dalam kete...cian papa...sambil drive kene ambil gambar kami yg suka berposing ni...tapi eril tido jer...baru nak kenal2kan die tempat mama n papa slalu p dating dulu2...hikhhikhik...ok la..nak mengemas...sok bercadang balik kelate wat akikah eril...ntah jadi ntah tidak...kelate banjir...ikut pe kate papa. la..kami ok jer...

Rabu, 4 November 2009

thanQ utk semua...

Terima kasih berbanyak2 kepada semua yang memberi hadiah kepada eril...tq 2 kwn2 ofis asasi, comb, kak nurul (shell), B Teh, Qbal, B Qimi, B Cik, mar, farah, yan, cik amir, Lia, dan semua yang memberi sumbangan....xsabar nak bukak hadiah2 ni...THANK YOU semua!!!

selamat datang sayang :' )

AlhamduLillah....aku dah selamat melahirkan baby boy seberat 3.13kg yang dinamakan MOHAMAD FEDZRIL AZARIQ BIN MOHD FADZIL....syukur...sekarang da 1bulan...ni la gambarnya masa berusia 1hari...pengalaman yang sangat indah dalam hidupku...9bulan mengandungkannya...akhirnya lahir buah cinta kami ni....sebulan berpantang cukup mencabar...tapi semua tu seronok demi buah cinta ni...sekarang, baby yang kami panggil ERIL ni semakin membesar...xsabar nak kuar bawa baby comel ni jln2.....hik..hik...hik....

Ahad, 27 September 2009

ROMPER






Setelah sekian lama zty mencari baju jenis gni (romper) untuk baby zty...akhirnya jumpa jugak semalam kat jusco n mid valley...huhuhu...rupanya kebanyakkan baju jenis romper ni, dijual secara set2 gni...sesuai untuk hadiah...dah jadi ibu baru tau...dapat ler 6 pasang semalam ngan stokin...huhuhu..seronok berhabis untuk buah cinta kami ni....

Selasa, 22 September 2009

RAYA d PUTRAJAYA


raya pertama hari 2 kami singgah PUTRAJAYA...balik dari dengkil beraya umah moksu, tok ucu n wan chik...n terus g round2 c2(putrajaya)....b4 2, pagi raya beraya di sri serdang umah tokwan...raya ke-2 plak g MELAKA umah tok sedara...mak ayah n adik2 tido d hotel sane(melaka), aku n suami balik hari jer...dorg semalam singgah tido d hotel pd plak..uih, bejalan sakan dorg tuh...n raya ke-3 beraya di ALAMANDA(g jln2)...hik..hik...hik...cian org xder kampung nih...

Isnin, 14 September 2009

GAMBAR STUDIO


hari khamis hari 2, 10 September2009 zty ngn suami g ambil posing kat studio...wat gambar kenang-kenangan mase pregnant ni...so, gambar kahwin dah de...gambar baby lam pewot dah de...tgu baby kluar plak....ambil gambar ngn baby plak ek...pastu baby ke2, ke3, ke4, ke5 ke6...wow!!banyaknye...ahaks!!sampai la pencen...hehe

Jumaat, 11 September 2009

berbuka di WARUNG DUSUN GEARBOXxxx



sedapnyer menghirup sup.............



semalam zty berbuka di warung dusun gearbox di bangi dgn syg...act, nak berbuka kat village view...tapi tempahan dah penuh...so, myB next time la...best jugak sup kat kedai ni....sedapppppp!!!!!!!de masa nak bawa family pulak ramai2 berbuka c2...act, restoran ni antara top5 dalam malaysia...harga makanan nye pun xler mahal sangat....harga biasa jer....besH!!!nak g lg...nak g lg....nak g lg....nak g lg....

Khamis, 3 September 2009

kuih raya...POPIA GULUNG & SIMPUL

bersungguh2 syg wat...sambil layan tv...hehehe


popia simpul.....


popia gulung...


hari sabtu hari 2 gak...zty n syg duk gulung popia serunding ikan...nak wat kuih raya la konon..hehe..2 yg paling senang...pepun thankx 2 syg cz bersungguh2 bantu zty wat...dapat ler dlm dekat 500pcs...popia gulung syg wat..popia simpul plak zty yg wat...cz syg xreti simpul..hik...hik...hik...

pict2 birthday wawa...




ari 2 sistem xok...xdpt nak upload pict birthday wawa...hah! sekarang..meh kita layan pict2 birhtday wawa 29/08/09 ari 2....

Rabu, 2 September 2009

berbuka di puri pujangga...




sabtu hari 2 kami berbuka di puri pujangga UKM...besh!!

da kekenyangan...

buat isteri-isteri...

21 PEDOMAN BUAT ISTERI

1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda.Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari ‘Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami.Anda Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan.Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangaiyang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

4. Sanggup Memberi Untuk MenerimaDi atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

5. Percaya Untuk DipercayaiSekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

6. Menangkan Lelaki Untuk MenangMengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki, kerana dalam kehidupan suami isteri, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan NegatifRamai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat sedemikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan TanggungjawabSebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan oleh agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidakakan rugi apa-apa.

9. Kritikan Akan Membuahkan KritikanKritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki., menjejaskan rasa kepentingan dirinya, dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada andadan mungkin akan mengkritik anda pula.

10. Beri Lelaki Apa Yang Dia MahuDia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu (1) Kehendak Seks dan (2) Kehendak untuk menjadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

11. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap LelakiDia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.

12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu DibayarAnda tidak perlu membayar apa-apa utnuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

13. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan ManjaSebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

14. Hormati Dia Sebagai LelakiDia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

15. Dengarlah Dengan BaikAntara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

16. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai LelakiLelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

17. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup AndaDia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

18. Jangan Katakan Penyesalan MengahwininyaApabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

19. Elakkan PergaduhanAda wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila BersalahSekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalankeluar.

21. Hidup Bukan Hanya Di DuniaBanyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.

Isnin, 31 Ogos 2009

birtday wawa

hepi birthday 2 wawa....-29.08.09-da 3tahun dah dak wawa ni...kitorg celebrate birthday die kat kg...DENGKIL...wat buke pose ramai2...exited dak wawa ni ngan kek DORA die...hehehe...jom layan pict birthday wawa....

Rabu, 26 Ogos 2009

SELAMAT BERPUASA


masih belum terlambat...nak ucap selamat berpuasa kepada semua....1st time berpuasa dengan suami n baby...AlhamdulLillah...semuanya berjalan dengan lancar dan selamat...seronok berpuasa dengan suami..kalau dulu2..kol or msj kejutkan bangun sahur...skrg...bangun2 da de kat sebelah...tanggungjawab besar ler ckit...kna la msak tuk sahur n berbuka...tapi sume 2 xmembebankan pun...evn prgnat da nak masuk 9 bulan...Tuhan 2 sentiasa bersama n memahami umatNya...harap dapat pose penuh..neway...CAMAT BERPUASA!!!

Isnin, 24 Ogos 2009

cloth diaper lagi....

antara kelebihan guna cloth diaper....layan...........





ni la rupe cloth diaper tu.....






Ahad, 23 Ogos 2009

cloth diaper

cloth diaper...nak gak beli kat bakal baby zty ni nti...da mintak izin kat sayang...die pun ok jer...setuju jer...alhamduliLlah..sekarang sume nak berjimat..slagi bleh berjimat..kita berjimat...

Ahad, 16 Ogos 2009




sekarang zty da 8 bulan pregnant...AlhamdulLillah...semoga segalanya berjalan dengan lancar...xsabar rasenya nak menanti buah cinta kami ni..harap2 anak mama n papa ni sempurna dunia akhirat dan menjadi anak yang soleh kelak...Amin...ThanQ ALLAH

Ahad, 11 Januari 2009

bantal bucuk...


hari 2 sgah rantau panjang sambar ler de satu bantal L.O.V.E ni...cute...aku beli sempena anniversary ngn husband...eee...besh!!de bantal baru wat hias katil....ahaks!!

Rabu, 7 Januari 2009

KENDURI D'TANAH MERAH KEL...


Alhamdulillah kenduri kat tanah merah pun dah selesai ngn perfect!!thankq 2 sume yang terlibat...

majlis perkahwinan


Alhamdulillah....sellesai sudah majlis perkawinan aku...
kat tanah merah kelantan dan serdang selangor....

harapan aku agar rumahtangga yang aku bina bersama suami tercinta.......
MOHD FADZLI SUHAINI..berkekalan...

AMIN.....

thankQ to 4JJ1...cz telah tetapkan dia milikku...thankQ juga utk sume crew yang terlibat...kameraman...mak andam...penanggah...sedara mara..n expecially to mak ayah...doakan kebahagiaan kami sampai hujung nyawa....