Isnin, 28 Februari 2011

saya curik dari blog bangku kosong :)

9 Kecantikan Pada Diri Perempuan yang Lelaki Impikan


  1. Lelaki inginkan perempuan dengan sifat keibuan. Secara objektifnya, perempuan dengan wajah keibuan amat lembut, penuh dengan raut wajah yang menampakkan kasih sayang. Secara subjektifnya, perempuan dengan sifat begini sukakan kanak-kanak, tidak suka marah-marah malah nada percakapan juga dalam intonasi yang sangat tenteram. Sesuai buat lelaki yang inginkan keharmonian kerana perempuan sebegini amat mengambil berat.Aku: Hahahaha...wajah keibuan..huhuhu..ade la skit kot...tapi bab yang intonasi percakapan tu...hahahaha...aku fail...aku kat umah memang xleh ckp ngn tenteram...tambah2 time nak marah sese1...hahahaha...ade masa2 jer leh lembut
  2. Keanak-anakkan. Ada lelaki yang sukakan perempuan yang bersifat begini. Mungkin tidak secara total tetapi ada masa sifat keanak-anakan ini membuatkan sesebuah perhubungan itu bertambah ceria. Sifat kemanjaan dalam diri keanak-anakan seorang perempuan kadangkala boleh membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian; malah ada kajian menyatakan wanita yang manja boleh membuatkan si lelaki berasa lebih ghairah!Aku: Hahahaha...memang ngengade skit aku ngn husband!!kdg2 aku layan die cam budak2..hahaha..merengek nak itu n ini..hahaha..nasib badan la en.suami pat bini cam ni. Bab manja tu memang aku akui...sampai family aku kate aku ni GEDIK!!hahaha..lantakla
  3. Perempuan yang mengerti. Ini bermaksud perempuan yang suka bersikap timbang-rasa, tidak mudah syak wasangka dan bijak untuk memilih berbincang sesuatu dari meluahkan secara melulu. Bagi lelaki, mereka inginkan perempuan mengerti hati dan perasaan mereka, mereka tidak mahu atau tidak suka dituduh tak tentu hala tanpa sebab.Aku: erm...xpnah plak nak tuduh2 ape....
  4. Perempuan yang menghargai. Lelaki sukakan perempuan yang menghargai setiap usaha yang mereka lakukan, bukannya memperlekehkan atau menidakkan. Mereka kadangkala inginkan pujian ikhlas dari perempuan yang mereka suka... kerana ia memotivasikan mereka untuk menjadi lebih baik.Aku: of kos
  5. Lelaki sukakan perempuan yang menjaga penampilan. Aha.. tak kiralah anda seorang perempuan yang suka berpakaian vogue ataupun simple, penampilan anda di mata lelaki perlulah sentiasa menarik dan sopan. Perempuan perlu kelihatan cantik, kemas dan bersih. Sebagai perempuan, tidak perlu pakai baju mahal ataupun berjenama; cukuplah pakaian anda itu sedap dipandang. Bagi lelaki, perempuan sebegini menghargai diri sendiri. Dia akan murah dengan senyuman, pandai menjaga kebersihan diri dan pandai merawat diri sendiri. Ciri ini tentu satu bonus buat lelaki kerana apabila berkahwin kelak, si isteri akan sentiasa jaga penampilannya supaya sentiasa menarik .. apa lagi .. slim gitu walaupun dah ada anak sampai 5!Aku: of kos nak kuar mesti makeup +siap2 setengah jam (ok la tu kan)
  6. Perempuan yang bijak berbicara. Lelaki sukakan perempuan yang boleh berkomunikasi dengan baik. Mereka inginkan pasangan yang boleh diajak berbual dalam apa jua perkara.Aku: huhuhu..jarang dpt berbual ngn suami..ngn ank byk...
  7. Lelaki sukakan perempuan yang hormat diri sendiri. Aha .. mungkin tak ramai yang tahu, lelaki sukakan perempuan yang sentiasa memandang tinggi akan kehormatan diri sendiri. Lelaki inginkan perempuan yang pandai menjaga maruah diri, tidak mudah diperlekehkan oleh lelaki. Perempuan sebegini selalunya punyai keyakinan yang tinggi, tahu bezakan yang baik dan yang buruk, dosa dan pahala.Aku: of kos
  8. Lelaki inginkan perempuan yang prihatin dan bersifat simpati. Perempuan yang memiliki sifat begini tidak bersifat kejam. Mereka mudah tersentuh dengan kesedihan dan kesusahan orang lain. Mereka murah hati, mengambil berat dan sentiasa cintakan keamanan dan kedamaian.Aku: betol2 memang2 of kos aku tuh..hahahaha
  9. Perempuan yang pandai bergaul dan sesuaikan diri. Mungkin di depan lelaki, perempuan ini banyak bicara dan sentiasa murah dengan senyuman, tetapi sebaliknya berlaku bila di depan orang lain terutama keluarga kita. Perempuan yang tidak pandai bergaul akan duduk senyap tanpa bicara bila bersama dengan ahli keluarga si lelaki, buatkan si lelaki jadi serba salah dan tak kena. Perempuan sebegini selalunya hormat pada orang tua, tahu membataskan diri dengan suasana dan keadaan tertentu. Perempuan ini tidak mudah kekok malah boleh adaptasi persekitaran dengan baik sekali.Aku: oh, dengan family suami aku memang kamceng!!
Ape pun...suami aku adalah yang terbaik...walau ape segala kelebihan n kekurangannya aku terima pemberian Allah ini...n segala pemberianNya adalah pemberian yang paling berharga didunia ni Luv U Mak, Ayah, Papa, My Fedzril Azariq n my family